Home Koronavirus Kes Covid-19 naik kepada 2,144, 4 kematian

Kes Covid-19 naik kepada 2,144, 4 kematian

0
Kes Covid-19 naik kepada 2,144, 4 kematian
Kes baharu Covid-19 di negara ini naik kepada 2,144 kes pada Selasa berbanding 1,946 pada Isnin.

SHAH ALAM – Kes baharu Covid-19 di negara ini naik kepada 2,144 kes pada Selasa berbanding 1,946 pada Isnin.

Bagaimanapun, jumlah kematian harian yang dilaporkan hingga tengah malam tadi menurun kepada empat kes berbanding lapan kes hari sebelumnya.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, daripada empat kes kematian itu, satu kes melibatkan kematian di luar fasiliti hospital (BID) yang berlaku di Kuala Lumpur.

Kes kematian terbaharu berkenaan menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini bertambah kepada 36,210 sejak pandemik melanda negara.

Daripada 2,144 kes jangkitan baharu Covid-19 pula, 2,141 kes membabitkan penularan tempatan sementara baki tiga kes adalah penularan import.

Ia menjadikan jumlah kes tempatan yang direkodkan berjumlah 4,742,205 kes sementara kes import berjumlah 38,079 kes.

Sehingga kini, negara masih mempunyai 31,159 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah tersebut 29,784 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sejumlah 1,288 kes lagi menerima rawatan di hospital dengan 22 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan manakala 50 kes memerlukan bantuan alat pernafasan serta 15 kes ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, turut direkodkan sebanyak 2,549 kes pesakit sembuh sekali gus menjadikan kes pulih keseluruhan di negara ini adalah sebanyak 4,712,915 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here