Home Koronavirus Kes Covid-19 meningkat kepada 12,434 hari ini

Kes Covid-19 meningkat kepada 12,434 hari ini

0
Kes Covid-19 meningkat kepada 12,434 hari ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12,434 kes kes Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada Rabu meningkat berbanding semalam iaitu 11,332 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah 2,232,960 kes.

Sarawak menjadi negeri yang melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,967 kes, diikuti Selangor (1,362), Johor (1,289), Sabah (1,000), Pulau Pinang (863), Perak (971) Kedah (652) dan Kelantan (1,125).

“Bagi negeri Terengganu sebanyak 612 direkodkan diikuti Pahang (663), Kuala Lumpur (284), Melaka (375) dan Negeri Sembilan (169).

“Perlis pula merekodkan 79 kes dan Putrajaya, 18 kes manakala Labuan hanya 5 kes,” katanya menerusi Twitter rasmi beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here