Home Koronavirus Kes Covid-19 meningkat kepada 11,034 hari ini

Kes Covid-19 meningkat kepada 11,034 hari ini

0
Kes Covid-19 meningkat kepada 11,034 hari ini

SHAH ALAM – Kes harian Covid-19 terus melonjak kepada 11,034 pada Isnin berbanding 10,089 pada Ahad, sekali gus mencatatkan kes harian tertinggi dilaporkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan bermula Oktober tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan tersebut menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,925,254 kes.

“Pada 7 Februari 2022, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 11,034 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,925,254 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my dan data harian dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam laman Twitter pada Isnin.

Sementara itu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengadakan sidang media khas petang ini bagi mengumumkan status perkembangan terkini varian Omicron.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here