Home Koronavirus Kes Covid-19 melonjak, rekod 22,948 hari ini

Kes Covid-19 melonjak, rekod 22,948 hari ini

Kes Covid-19 melonjak, rekod 22,948 hari ini

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 terus melonjak dengan angka tertinggi direkodkan pada Khamis iaitu 22,948 kes.

Kedah menjadi negeri terbaharu melaporkan kes melebihi 2,000 iaitu (2,137) selepas Sabah (2,583) dan kes di Selangor juga meningkatkan berbanding Rabu selepas merekodkan 7,175 kes.

Bagaimanapun kes Kuala Lumpur kekal menunjukkan penurunan kepada 1,439 kes.

Ibu kota itu telah berjaya membentuk imunisasi berkelompok selepas 80 peratus daripada populasinya lengkap dos suntikan Covid-19.

Pulau Pinang mencatatkan 1,655 kes, diikuti Johor (1,526), Kelantan (1,271), Perak (1,229), Sarawak (1,206), Melaka (737), Pahang (736), Terengganu (621), Perlis (42), Putrajaya (26), dan Labuan (sembilan).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 1,489,460 kes.

Sebelum ini, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melaporkan, ketiga-tiga wilayah Persekutuan telah berjaya membentuk imunisasi berkelompok.

Putrajaya telah mencapai 80 peratus suntikan dos vaksin iaitu 87, 757 individu manakala Labuan pula, 94 peratus populasi dewasa (64,787) telah lengkap dos suntikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here