PUTRAJAYA- Kes baharu positif Covid-19 pada Jumaat terus melonjak kepada angka tertinggi sejak Februari lalu iaitu 4,498 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor kekal penyumbang tertinggi dengan 1,424 kes.
Ia diikuti oleh Sarawak 750 kes, Kuala Lumpur (436), Pulau Pinang (313), Johor (327), Kelantan (297) dan Kedah (209).
Negeri Sembilan pula melaporkan 188 kes, Sabah (153) dan Perak (148).
Enam negeri dan wilayah melaporkan kes dua digit iaitu Terengganu (87), Pahang (78), Melaka (74), Putrajaya (lapan), Perlis (empat) serta Labuan (dua).
AKAN MENYUSUL