SHAH ALAM – Kes harian Covid-19 kembali meningkat apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 7,105 kes positif Covid-19 pada Selasa berbanding Isnin sebanyak 6,824.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini, 579,462 kes.
Beliau berkata, semua negeri dan wilayah merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan Selangor kekal negeri tertinggi, iaitu 2,068.
AKAN MENYUSUL