Home Koronavirus Kes Covid-19 kembali meningkat, 17,105 kes baharu hari ini

Kes Covid-19 kembali meningkat, 17,105 kes baharu hari ini

Kes Covid-19 kembali meningkat, 17,105 kes baharu hari ini

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 kembali merekodkan peningkatan dengan sebanyak 17,105 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Lembah Klang kekal penyumbang tertinggi angka tersebut dengan Selangor (5,836) dan Kuala Lumpur (2,309) kes.

“Negeri lain yang melaporkan kes harian tinggi adalah Johor (1,275), Kedah (1,036) dan Sabah (1,010). Ia diikuti Perak (967), Kelantan (915), Negeri Sembilan (816), Pulau Pinang (798), Pahang (628), Melaka (508), Sarawak (494), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (tujuh) dan Labuan (lima).

“Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 1,163,291,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here