Home Koronavirus Kes Covid-19 kembali melonjak, rekod 6,440 hari ini

Kes Covid-19 kembali melonjak, rekod 6,440 hari ini

0
Kes Covid-19 kembali melonjak, rekod 6,440 hari ini

PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 pada Jumaat terus melonjak iaitu 6,440 berbanding 5,738 pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 685,204.

Katanya, Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan kes harian iaitu 2,095, manakala Negeri Sembilan 870 kes berbanding 1,086 pada Khamis.

“Kuala Lumpur merekodkan 816 kes, Johor (592), Sarawak (536), Perak (357), Melaka (223) manakala Kelantan (200),” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

Sehingga 18 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,440 kes (685,204 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 2,095 (224,344)

WPKL – 816 (70,306)

Sabah – 199 (67,177)

Johor – 592 (66,868)

Sarawak – 536 (58,570)

Negeri Sembilan – 870 (37,064) pic.twitter.com/cUTzThq78h
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 18, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here