PUTRAJAYA – Meskipun terdapat penurunan kes baharu bagi tempoh dua minggu pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP), namun kes di unit rawatan rapi (ICU) masih tidak menunjukkan penurunan ketara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, ia berikutan kemunculan varian-varian baharu yang mengakibatkan kes-kes dikesan dengan gejala serius dan merosot pada kadar yang lebih cepat.
“Keadaan ini menyebabkan lebih ramai pesakit memerlukan bantuan oksigen dan alat pernafasan khususnya di kalangan golongan rentan seperti warga emas serta pesakit yang menghidap lain-lain penyakit,” katanya.
AKAN MENYUSUL