Home Koronavirus Kes Covid-19 dijangka cecah 13,000 kes pada 14 Jun

Kes Covid-19 dijangka cecah 13,000 kes pada 14 Jun

0
Kes Covid-19 dijangka cecah 13,000 kes pada 14 Jun

SHAH ALAM – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan jumlah kes pandemik Covid-19 boleh mencecah angka 13,000 kes menjelang 14 Jun mengikut trend terkini peningkatan graf jangkitan Covid-19 di negara ini.

Berdasarkan trend tersebut, kadar kebolehjangkitan pada Sabtu sehingga 14 Jun tahun ini meningkat kepada 1.2 berikutan ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt jangkaan mengikut kes seharian pada 28 Mei 2021 untuk seluruh negara ialah 1.15,” katanya dalam ciapan Twitter miliknya pada Sabtu.

Pada Jumaat, krisis Covid-19 semakin buruk apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 8,290 kes positif direkodkan.

Angka tersebut merupakan yang tertinggi selama empat hari berturut-turut bermula Selasa lalu.

Dr Noor Hisham berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 549,514.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here