Home Koronavirus Kes Covid-19 di Selangor turun bawah 6,000

Kes Covid-19 di Selangor turun bawah 6,000

0
Kes Covid-19 di Selangor turun bawah 6,000

SHAH ALAM – Jumlah harian kes Covid-19 di Selangor kini menurun kepada 5,791 kes setakat jam 11.59 malam pada Isnin, berbanding 7,613 kes pada Ahad.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan jumlah kes harian pada Isnin tersebut meliputi 7,545 kes komuniti, 38 kes penjara dan 30 kes Import A.

Menurut hantaran berkenaan, mukim Petaling menyumbang kepada jumlah kes Covid-19 tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 1,853 kes.

“Di mukim Petaling, daerah yang mencatatkan kes Covid-19 tertinggi ialah daerah Petaling dengan jumlah kes sebanyak 836 kes, diikuti dengan Damansara (725); Bukit Raja (166); Sungai Buloh (125) termasuk satu kes Import A,” katanya pada Selasa.

Dalam pada itu, JKNS turut memaklumkan mukim kedua yang mencatat kes Covid-19 kedua tertinggi di Selangor iaitu mukim Gombak sebanyak 1,237 kes, diikuti dengan Hulu Langat sejumlah 1,137 kes.

“Mukim Klang mencatatkan jumlah kes Covid-19 sebanyak 874 kes, diikuti dengan Kuala Langat (403); Kuala Selangor (143); Sepang (67); Hulu Selangor (40) dan Sabak Bernam (37),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here