Home Koronavirus Kes Covid-19 di India meningkat

Kes Covid-19 di India meningkat

0
Kes Covid-19 di India meningkat

NEW DELHI – Jangkitan wabak Covid-19 kembali meningkat di India, dengan hampir 80,000 kes baharu direkodkan sejak seminggu lalu.

Jumlah kes aktif meningkat hampir 60 peratus dalam tempoh tujuh hari lepas, tetapi kementerian kesihatan negara itu menolak kemungkinan mengenai gelombang Covid-19 keempat, lapor Xinhua.

Menurut angka rasmi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Persekutuan pada Isnin, 12,781 kes baharu telah direkodkan di seluruh negara, menjadikan jumlah kes setakat ini mencecah 43,309,473.

Ini merupakan hari keempat berturut-turut kes baharu melebihi 12,000 setiap hari, dan 18 kematian direkodkan akibat wabak itu, menjadikan jumlah korban setakat ini mencecah 524,873.

Delhi sekali lagi kekal menjadi antara negara paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19, dengan 1,530 jangkitan baharu direkodkan pada petang Ahad.

Setakat ini, terdapat 76,700 kes aktif dengan peningkatan sebanyak 4,226 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Seramai 42,707,900 orang telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, dengan 8,537 daripadanya dibenarkan keluar dalam tempoh 24 jam yang lalu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here