Home Koronavirus Kes Covid-19 di California melepasi 3.6 juta

Kes Covid-19 di California melepasi 3.6 juta

0
Kes Covid-19 di California melepasi 3.6 juta

LOS ANGELES – Jumlah kes Covid-19 di California, negeri paling padat penduduk di Amerika Syarikat, melepasi 3.6 juta, lapor Xinhua.

Jabatan Kesihatan Awam California dalam laporan hariannya pada Ahad menyatakan, sebanyak 4,954 kes baharu Covid-19 dan 105 kematian dicatatkan, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 3,600,178 dan korban seramai 59,218.

Negeri dengan sekitar 40 juta penduduk itu merekodkan jumlah kes dan kematian tertinggi setakat ini.

Setakat Ahad, sejumlah 22,777,893 dos vaksin sudah diberikan di seluruh negeri itu dan akan memperluaskan kelayakan vaksin kepada semua individu berusia 16 tahun ke atas mulai 15 April.

Gabenor Gavin Newsom awal bulan ini mengumumkan negeri itu merancang membuka kembali sepenuhnya aktiviti dan perniagaan mulai 15 Jun kerana vaksinasi Covid-19 telah tersedia secara meluas dan kemasukan ke hospital berkaitan virus terus menurun. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here