Home Koronavirus Kes Covid-19 catat 78 lagi kematian

Kes Covid-19 catat 78 lagi kematian

0
Kes Covid-19 catat 78 lagi kematian

SHAH ALAM – Sejumlah 78 kes kematian Covid-19 direkodkan pada Selasa termasuk 34 kes kematian yang berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal CovidNow, angka kematian itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,827.

Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 21 kes, diikuti Kedah (15), Selangor (13), Perak (sembilan), Sabah (enam), Pulau Pinang (lima), Kelantan, Melaka, Terengganu (masing-masing dua) serta Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing satu)

Turut dilaporkan sebanyak 25,854 kes Covid-19 meliputi 25,406 penularan tempatan dan 448 kes import manakala terdapat 25,548 kes sembuh pada Selasa.

Seramai 3,452 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 7,542 kes dirawat di hospital.

Sebanyak 293,651 kes aktif dilaporkan, yang mana seramai 374 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 213 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here