Home Koronavirus Kes baharu positif Covid-19 melepasi angka 7,000

Kes baharu positif Covid-19 melepasi angka 7,000

Kes baharu positif Covid-19 melepasi angka 7,000

PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 melepasi angka 7,000 dengan pertambahan 7,097 individu yang dijangkiti wabak itu pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor dan Kuala Lumpur kekal melaporkan kes tertinggi iaitu masing-masing 3,119 dan 1,005 kes.

Menurutnya, Negeri Sembilan merekodkan 788 kes diikuti Melaka (358), Sarawak (289), Pahang (258), Sabah (244), Johor (224), Kedah (198), Perak (187), Pulau Pinang (140), Kelantan (123), Labuan (93), Terengganu (43), Putrajaya (26) dan Perlis (dua).

“Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 799,790,” katanya.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here