Home Koronavirus Kes baharu di Sarawak bawah 1,000 tiga hari berturut-turut

Kes baharu di Sarawak bawah 1,000 tiga hari berturut-turut

0
Kes baharu di Sarawak bawah 1,000 tiga hari berturut-turut

KUCHING – Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak terus kekal di bawah empat angka untuk tiga hari berturut-turut apabila 749 kes dilaporkan hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini, daripada keseluruhan jumlah kes itu, hanya 13 kes melibatkan pesakit yang mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan.

Jawatankuasa itu turut memaklumkan 13 kematian baharu akibat jangkitan wabak itu direkodkan antara 9 dan 18 Oktober lepas melibatkan individu berumur antara 45 dan 91 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit seperti hipertensi, diabetes dan lain-lain.

Sementara itu, JPBN turut melaporkan lima lokaliti melibatkan rumah panjang di negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), masing-masing dua di Julau dan Sri Aman serta satu di Pakan.

Lokaliti itu melibatkan Rumah Unan di daerah Julau yang dikenakan PKPD dari 18 hingga 27 Okt; Rumah Wong (Julau), Rumah Nurie (Pakan), Rumah Achun serta Rumah Abdul Rahman di Sri Aman, masing-masing di bawah PKPD mulai 19 hingga 28 Oktober.

Dua kluster diisytiharkan tamat pada Selasa melibatkan Kluster Kampung Batu Kitang Jaya dan Kampung Dangak di Kuching setelah 28 hari tiada kes baharu direkodkan membabitkan kluster tersebut.- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here