Home Koronavirus Kes baharu Covid-19 menurun kepada 14,990

Kes baharu Covid-19 menurun kepada 14,990

0
Kes baharu Covid-19 menurun kepada 14,990

SHAH ALAM – Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 14,990 kes pada Rabu berbanding 15,759 kes pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kes Covid-19 secara keseluruhan adalah 2,142,924 kes.

“Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 2,414 kes diikuti Johor (1,880), Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490) dan Pulau Pinang (1,224).

“Selain itu, Sabah merekodkan 1,199 kes diikuti Kedah (1,007), Terengganu (852), Pahang (688), Melaka (313), Negeri Sembilan (170), Perlis (97), Putrajaya (30) dan Labuan (tiga),” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here