SHAH ALAM – Jumlah kes baharu Covid-19 negara terus mencatatkan penurunan empat hari berturut-turut turut apabila merekodkan 14,954 kes pada Ahad berbanding 15,549 kes pada Sabtu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 kepada 2,097,830 setakat jam 12 tengah hari pada Ahad.
Beliau berkata, dua negeri yang merekodkan kes melebihi 2,000 adalah Sarawak dengan 2,707 kes dan diikuti Selangor, 2,028 kes.
“Johor pula merekodkan 1,948 kes diikuti Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259), Perak (1,222), Kedah (809), Pahang (705), Terengganu (671) dan Melaka (207), Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (144).
“Perlis merekodkan sebanyak 76 kes baharu Covid-19 disusuli dengan Putrajaya (19), manakala tiada kes baharu di Labuan,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.
AKAN MENYUSUL