Home Koronavirus Kes baharu Covid-19 kekal catat angka lebih 5,000

Kes baharu Covid-19 kekal catat angka lebih 5,000

0
Kes baharu Covid-19 kekal catat angka lebih 5,000

PUTRAJAYA – Kes positif baharu Covid-19 kekal catat angka lebih 5,000 apabila 5,586 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini setakat ini ialah sebanyak 734, 048 kes.

Sementara itu, katanya, Selangor kekal mencatatkan negeri yang tertinggi dengan 2,212 kes diikuti Kuala Lumpur (628), Sarawak (513), Negeri Sembilan (501), Melaka (380), Johor (312), Perak (229) dan Sabah (190).

Beliau berkata, Kedah merekodkan 129 kes, Pulau Pinang (138), Kelantan (133), Pahang (118), Terengganu (16), Putrajaya (4).

AKAN MENYUSUL

Pecahan kes baharu mengikut negeri, 27 Jun 2021. #COVID19 pic.twitter.com/Ug8bHLq6eE

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 27, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here