PUTRAJAYA – Kerja-kerja menggantikan regulator di Hospital Ampang, Selangor bagi menampung keperluan pengguna oksigen sedang dilaksanakan.
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, kerja-kerja tersebut dijangka siap jam 7 petang pada Jumaat.
“Silinder oksigen di Hospital Ampang juga mencukupi,” katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
AKAN MENYUSUL