SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta.
KKM dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, kerajaan telah memutuskan bahawa aplikasi MySejahtera adalah hak milik kerajaan dan KKM dilantik sebagai pemilik utama aplikasi ini untuk pengurusan kesihatan awam negara.
AKAN MENYUSUL
MySejahtera dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan dengan KKM sebagai pemilik utama termasuk semua data yang diterima MySj. Kerahsiaan data adalah terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan aspek ini tidak dikompromi. pic.twitter.com/DcRCID0vXb
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 27, 2022