Home Koronavirus ‘Kerajaan tiada niat untuk susahkan golongan tidak divaksin’

‘Kerajaan tiada niat untuk susahkan golongan tidak divaksin’

0
‘Kerajaan tiada niat untuk susahkan golongan tidak divaksin’

SHAH ALAM – “Kerajaan tiada niat untuk menyusahkan golongan tidak divaksin”.

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob khusus buat golongan antivaksin yang masih enggan menerima vaksin Covid-19.

Tambahnya, kesukaran itu berlaku berpunca daripada sikap diri sendiri yang enggan terima vaksin.

Pada Sabtu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata meskipun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan ‘memberi muka’ kepada golongan antivaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

“Kalau anda tidak divaksin kerana masalah kesihatan, tidak mengapa. Kita akan beri pengecualian dengan memberikan e-sijil MySejahtera tapi kalau anda sendiri memilih untuk tidak divaksin, kita akan ‘menyusahkan’ hidup anda,” katanya.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here