PUTRAJAYA – Kerajaan akan menambah pembelian tiga juta dos vaksin Covid-19 keluaran Sinovac untuk dijadikan stok simpanan.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, vaksin tersebut akan digunakan kepada mereka yang mengalami alahan terhadap vaksin lain.
“Tempahan ini akan selesai dihantar Pharmaniaga akhir bulan ini atau awal Ogos,” katanya dalam sidang akhbar PICK pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL