Home Koronavirus Kerajaan tambah pembelian enam juta dos vaksin Covid-19

Kerajaan tambah pembelian enam juta dos vaksin Covid-19

0
Kerajaan tambah pembelian enam juta dos vaksin Covid-19

SHAH ALAM – Kerajaan mengumumkan pembelian tambahan enam juta dos vaksin Covid-19 yang akan diterima menjelang awal September ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkembangan itu adalah usaha kerajaan memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati fasa ‘bebas’ termasuk kebenaran merentas negeri.

Menurutnya, gambaran tersebut adalah bersandarkan kepada perkembangan hasil keberkesanan strategi vaksinasi seperti yang telah dikecapi Labuan ketika ini.

“Gambaran ini bukanlah satu angan-angan kosong kerana negara kita pernah berjaya menurunkan statistik pesakit Covid-19.

“Ini kerana fakta terkini pada Jumaat, 20 Ogos lalu membuktikan keberkesanan strategi apabila statistik kes harian Wilayah Persekutuan Labuan yang sudah mencapai 90 peratus imuniti kelompok dewasa, telah menurun secara konsisten kepada satu digit selama tujuh hari berturut-turut.

“Sehubungan itu, demi memangkin pencapaian seperti di Labuan, suka saya umumkan pembelian tambahan sejumlah enam juta dos vaksin yang akan diterima menjelang awal September 2021, sebagai satu berita baik kepada semua bersempena Bulan Kemerdekaan ini,” katanya sempena Ucapan Khas Perdana Menteri pada Ahad.

Beliau berkata, kerajaan optimis melalui kejayaan program vaksinasi kelak ramai yang boleh kembali menziarahi ibu bapa di kampung halaman, meraikan perayaan dan melancong dalam negara.

Katanya, anak muda juga boleh beriadah, pulang semula ke institusi pengajian tinggi, dan paling utama ialah anak-anak boleh kembali ke sekolah.

“Ini bukanlah bermakna kita akan bebas sepenuhnya daripada Covid-19. Tetapi apabila kita mencapai imuniti kelompok, virus ini tidak lagi menjadi ancaman seperti mana yang ditakuti sekarang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here