Home Koronavirus Kerajaan bakal laksanakan projek trak vaksin bergerak

Kerajaan bakal laksanakan projek trak vaksin bergerak

0
Kerajaan bakal laksanakan projek trak vaksin bergerak

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju melaksanakan projek perintis trak bergerak vaksinasi di kawasan penularan wabak Covid-19 di Kuala Lumpur.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berhubung perkara itu.

“Kita akan mulakan ‘pilot project’ di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) dan kawasan pembinaan yang masih beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, senarai nama 5,867 petugas media telah dihantar untuk semakan dan akan diberi janji temu pada awal Jun.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here