Home Koronavirus Keputusan terus guna vaksin AstraZeneca ditentukan dua minggu lagi

Keputusan terus guna vaksin AstraZeneca ditentukan dua minggu lagi

0
Keputusan terus guna vaksin AstraZeneca ditentukan dua minggu lagi

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada Malaysia boleh meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca Covid-19 atau tidak, bakal ditentukan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang akan diadakan dua minggu lagi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, menerusi mesyuarat itu, kerajaan akan meneliti sebarang maklumat tambahan yang akan dibentangkan oleh panel pakar daripada Kementerian Kesihatan (KKM), sebelum membuat sebarang keputusan.

Beliau berkata, kerajaan mengambil maklum laporan Agensi Perubatan Eropah (EMA) yang mengesahkan buat pertama kali terdapat kaitan antara penggunaan vaksin AstraZeneca dengan kes pembekuan darah.

“Jadi dalam hal ini, sebelum pengumuman (EMA) tersebut, pendirian kita seperti mana yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dua hari lalu yang kita akan teruskan dengan vaksin AstraZeneca.

“Tetapi, saya rasa pendirian yang cermat adalah untuk kita merujuk semula kepada JKJAV berdasarkan kepada maklumat terkini yang telah kita dapati daripada pihak EMA,” katanya selepas majlis pelancaran Kempen Kesedaran Autisme CHAMPS-NASOM 2021.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here