Home Koronavirus Kematian dalam kalangan tidak divaksin 20 kali ganda lebih tinggi

Kematian dalam kalangan tidak divaksin 20 kali ganda lebih tinggi

0
Kematian dalam kalangan tidak divaksin 20 kali ganda lebih tinggi

KUALA LUMPUR – Kematian akibat Covid-19 adalah 20 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan populasi yang tidak divaksin berbanding populasi yang telah divaksinasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi akaun Twitternya, Dr Noor Hisham berkata, trend kematian Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan dengan liputan vaksinasi yang meluas.

“Data kami (Kementerian Kesihatan) menunjukkan kematian dalam kalangan yang tidak divaksinasi dan sebahagiannya divaksinasi adalah 3,200 orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk.

“Bagi individu yang telah lengkap divaksin adalah 160 orang/kematian bagi satu juta penduduk dan kematian bagi mereka yang telah mendapat dos penggalak adalah empat orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk,” katanya.

Our data shows death among non vaccinated & partially vaccinated is 3200 person/mortality per 1 mil population. Among fully vaccinated breakthrough death is only 160 person/mortality per 1 mil pop. Whilst in the boosted population death is 4 person/mortality per 1 mil pop.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 9, 2021

Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan data Kematian Covid-19 Kebangsaan dari 1 Januari hingga 4 Disember 2021, jumlah kematian tertinggi diumumkan pada 11 September dengan 592 kes.

“Jumlah kematian tertinggi bagi BID iaitu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital adalah pada 13 September dengan 176 kes. Data itu berdasarkan jumlah laporan kematian yang diterima setiap hari,” katanya.

Katanya, setakat ini bagi tahun 2021 sejumlah 24,014 individu meninggal dunia di hospital dan 6,046 kes BID. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here