Home Koronavirus Kem askar wataniah antara kluster baharu di Sarawak

Kem askar wataniah antara kluster baharu di Sarawak

0
Kem askar wataniah antara kluster baharu di Sarawak

KUCHING – Satu kluster melibatkan asrama di sebuah kem askar wataniah menjadi antara kluster baharu Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini.

Kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, pertambahan dua kluster hari ini menjadikan jumlah kluster aktif di negeri itu ialah sebanyak 85.

Menurut JPBN, Kluster 511 Sentosa merupakan kluster tempat kerja melibatkan asrama kem askar wataniah di Kota Sentosa, Kuching.

“Seramai 112 individu telah disaring di dalam kluster itu dan 12 didapati positif termasuk kes indeks manakala 100 orang didapati negatif,” katanya.

Kenyataan itu menyebut Kluster Kandis Pantu pula merupakan kluster komuniti melibatkan dua rumah panjang di kawasan Kandis, Lachau dan Rapak Panyau di Pantu, Sri Aman.

“Seramai sembilan orang telah disaring dan enam didapati positif termasuk kes indeks manakala tiga masih menunggu keputusan,” menurut kenyataan itu.

Hari ini, Sarawak mencatatkan sebanyak 578 kes baharu Covid-19. -Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here