Home Koronavirus Keluarga Diraja Kelantan sudah terima suntikan vaksin Covid-19

Keluarga Diraja Kelantan sudah terima suntikan vaksin Covid-19

0
Keluarga Diraja Kelantan sudah terima suntikan vaksin Covid-19

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan keluarga baginda telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di sini.

Sultan Muhammad V turut disertai adindanya, Tengku Muhammad Fakry Sultan Ismail Petra dan suami kepada adinda bongsu baginda, Tengku Amalin A’ishah Putri iaitu Pengiran Muda Abdul Qawi Pengiran Mohamed Bolkiah.

Menurut kenyataan Unit Media Pejabat Sultan Kelantan pada Sabtu, Sultan Muhammad V menerima suntikan jenis Pfizer di Wad D’Raja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Suntikan pertama diterima pada 22 Mac, manakala suntikan kedua pula ialah pada 12 April.

“Selain itu, adinda Sultan, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan pasangannya, Che Puan Sofie Louise Johansson juga menerima suntikan pada hari sama di lokasi berkenaan,” menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, bonda baginda Sultan iaitu Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Tengku Amalin A’ishah Putri pula menerima suntikan masing-masing di Istana Mahkota.

Sultan Muhammad V turut menyeru rakyat supaya tidak takut dan ragu-ragu untuk mengambil vaksinasi masing-masing bagi mencegah penularan pandemik tersebut di negeri ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here