Home Koronavirus Kelonggaran, Delta mengganas punca peningkatan kes

Kelonggaran, Delta mengganas punca peningkatan kes

Kelonggaran, Delta mengganas punca peningkatan kes

PUTRAJAYA – Beberapa negeri yang merekodkan peningkatan kes ketara iaitu Perlis, Sabah dan Sarawak pada kebelakangan ini kerana faktor beberapa kelonggaran yang dilaksanakan di negeri terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lebih memburukkan keadaan, varian Delta terus mengganas menjangkiti individu lain.

Menurutnya, peningkatan kes positif di Perlis berpunca pergerakan antara negeri (inter-state).

“Perlis (sebelum ini) hijau tetapi apabila ‘dine-in’ dibenarkan menyebabkan berlaku pergerakan sekali gus membuka ruang kepada varian Delta untuk menjangkiti orang lain.

“Apabila berlaku perhimpunan dan pergerakan, wujud ruang dijangkiti varian Delta dalam masyarakat,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan beberapa soalan pemberita melalui aplikasi WhatsApp mengenai peningkatan kes di ketiga-tiga negeri tersebut.

Pada 16 Julai lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meramalkan kes harian positif Covid-19 memuncak pada angka 24,000 kes sehari pada pertengahan September.

Bagaimanapun, unjuran terbaru yang dikeluarkan oleh Institut Kesihatan Negara (NIH) pada awal Ogos menunjukkan kes harian negara akan mencapai sehingga 28,000 kes penghujung September ini sekiranya kadar pemberian dos kedua vaksin berada pada 100,000 sehari.

Sementara itu, Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Sarawak memutuskan memperketatkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) dengan menarik balik kebenaran dine- in di beberapa daerah.

Dalam kenyataannya, sekretariat itu berkata, tempoh operasi turut dipendekkan dari 5 pagi sehingga 8 malam selain individu atau berkumpulan tidak dibenar berada di tempat awam selepas jam 10 malam tanpa alasan munasabah.

Keputusan itu berkuatkuasa selama seminggu bermula 22 Ogos di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here