Home Koronavirus Kelantan sedia bantu peniaga percepat vaksin

Kelantan sedia bantu peniaga percepat vaksin

0
Kelantan sedia bantu peniaga percepat vaksin

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan sedia membantu peniaga dan pekerja kedai makan melengkapkan dos vaksin Covid-19 dengan segera bagi membolehkan premis mereka menerima pelangggan untuk makan di restoran (dine-in).

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, bagi tujuan itu majikan boleh menghantar senarai nama pekerja di bawah seliaan mereka kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata, pihaknya juga tidak bercadang untuk memperlonggarkan SOP ‘dine-in’ berikutan kebimbangan berlakuknya penularan pandemik Covid-19.

“Kes kita masih lagi tinggi dan dine-in masih kekal dengan peniaga serta pekerja perlu melengkapkan dua dos vaksin-19.

“Majikan boleh menghantar senarai nama pekerja untuk dibantu bagi mempercepatkan proses vaksin supaya dapat melakukan dine-in. Di Kijang misalnya, mereka sudah mulakan kutipan senarai peniaga kedai makan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Istiqamah Badang, di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan permohonan peniaga dan pemilik restoran di negeri ini yang meminta kerajaan negeri melonggarkan (SOP) dine-in atau makan di premis membabitkan vaksin Covid-19 ke atas peniaga atau pekerja kedai makan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang sebelum itu melancarkan Semarak Kemerdekaan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan di Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di sekolah terbabit.

Dr Izani berkata, ketika ini terdapat penularan Covid-19 dengan varian membimbangkan (VOC) Delta yang dominan membabitkan keseluruhan komuniti di Kelantan.

“Kita perlu bersedia untuk hidup dalam pandemik. Kerajaan cuba sedaya mungkin untuk mendapatkan kelulusan 700,000 kepada sejuta vaksin pada September bagi mencapai imuniti kelompok.

“Dari sudut rakyat pula, mereka perlu teruskan jaga SOP, pakai pelitup muka dan ambil vaksin supaya Kelantan segera pulih daripada pandemik ini,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan hanya presmis makanan yang melengkapkan dua dos vaksinasi dalam kalangan pekerjanya boleh menerima pelanggan makan secara ‘dine-in’ selain melarang pelanggan bawah 17 tahun makan di kedai makan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here