Home Koronavirus Kelantan kembali catat tiga angka jangkitan Covid-19

Kelantan kembali catat tiga angka jangkitan Covid-19

0
Kelantan kembali catat tiga angka jangkitan Covid-19

KOTA BHARU – Kelantan kembali mencatatkan jumlah tiga angka melibatkan jangkitan baharu Covid-19 iaitu seramai 126 kes pada Selasa.

Turut direkodkan ialah dua kluster baharu iaitu Kuster Jalan Kota Kubang Labu dan Kluster Palekbang.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menerusi satu kenyataan berkata, Kluster Kubang Labu melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok.

Menurut kenyataan itu, kes indeks bagi kluster tersebut iaitu kes ke 6,191 dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Mac hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Kota Kubang Labu, Tumpat.

“Sehingga 6 April 2021, sejumlah 318 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif pandemik itu,” kata kenyataan itu menerusi Facebook rasmi JKNK pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, Kluster Palekbang pula berkenaan komuniti di daerah Tumpat yang mana kes indeks bagi kluster terbabit iaitu kes ke 6,238 yang dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Mac hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga Selasa, sejumlah 42 individu telah disaring di mana 28 kes dikesan positif dalam kluster tersebut,” katanya.

Menurut perkongsian yang sama, terdapat pertambahan 13 kes positif di kluster sedia ada iaitu tujuh Kluster Paloh Rambai, dua Kluster Tembok Pengkalan Chepa, dua Kluster Gong Kulim dan dua kes Kluster Banggol Lepah.

Sehingga kini, Kelantan mencatatkan 119 kes tempatan baharu, empat kes import B dan C dan tiga kes penjara.

Enam daerah yang diletakkan di bawah zon merah pula iaitu Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Pasir Puteh, Machang dan Pasir Mas, manakala zon jingga hanya di Tanah Merah dan tiga daerah di bawah zon kuning iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here