Home Koronavirus Kelantan bakal terima 40,000 dos vaksin Sinovac

Kelantan bakal terima 40,000 dos vaksin Sinovac

Kelantan bakal terima 40,000 dos vaksin Sinovac

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan pihaknya akan menerima sebanyak 40,000 dos vaksin jenis Sinovac bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Husin berkata, bekalan vaksin untuk kegunaan 20,000 orang itu akan diterima pada 27 Mei ini.

“Bekalan ini adalah tambahan bagi fasa kedua termasuk persiapan fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Menurutnya, bagaimanapun JKNK masih belum mendapat jumlah keseluruhan kuantiti bekalan vaksin tersebut.

Beliau berkata, JKNK berharap rakyat di negeri ini terus memberikan sokongan kepada suntikan vaksin ini.

Dr Zaini berkata, pengambilan suntikan ini penting dalam usaha melawan serangan pandemik Covid-19.

Pada Isnin, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, negeri itu akan menerima bekalan vaksin Sinovac dalam kuantiti yang banyak dan mengharapkan penduduk ‘merebut’ peluang ini dengan berdaftar sebagai penerima suntikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here