Home Koronavirus Kahak pesakit Covid-19 pekat umpama gam kasut

Kahak pesakit Covid-19 pekat umpama gam kasut

0
Kahak pesakit Covid-19 pekat umpama gam kasut

SHAH ALAM – “Apabila diubah ke posisi meniarap, membuak-buak keluar kahak dari tiub pernafasan. Tak ubah seperti gam kasut. Pekat dan melekat.”

Demikian cerita seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang mengenai keadaan pesakit Covid-19 yang berada dalam keadaan serius.

Menurut beliau, seseorang pesakit sukar bernafas kerana kahak yang terhasil dari tisu paru-paru yang telah mati.

“Pesakit akan mengalami masalah pernafasan dengan kahak pekat memenuhi paru-paru.

“Pesakit bukan saja batuk kahak tetapi batuk tisu paru-paru yang telah reput,” ciapnya di Twitter pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pesakit perlu diletakkan dalam keadaan meniarap kerana peningkatan kandungan oksigen daripada 85 peratus hingga 98 peratus.

“Ini kerana lebih banyak oksigen yang boleh masuk dengan mudah,” katanya yang turut memetik artikel New England Journal of Medicine.

Dr Ahmad berkata, ada juga bahagian paru-paru yang tidak terbuka jika diletakkan dalam posisi terlentang disebabkan tekanan graviti pada tubuh.

“Justeru, pesakit akan ditiarapkan setiap 30 minit hingga dua jam setiap hari. Inilah yang dihadapi oleh pesakit di unit rawatan rapi (ICU).

“Kalian mungkin belum merasa betapa seksa bernafas tapi apabila dijangkiti, inilah yang bakal kalian hadapi. Minta kita dijauhkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkongsikan keadaan pesakit Covid-19 tersebut berikutan masih ramai tidak tahu keadaan sebenar mereka di ICU.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here