Home Koronavirus Kadar vaksinasi lengkap di Pahang masih rendah

Kadar vaksinasi lengkap di Pahang masih rendah

0
Kadar vaksinasi lengkap di Pahang masih rendah

KUANTAN – Pahang merekodkan hanya 32 peratus kadar vaksin lengkap bagi populasi dewasa setakat Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung berkata, peratus itu masih rendah dan kerajaan Pahang perlu mempercepatkan kadar vaksinasi agar dapat mencapai 50 peratus kadar vaksin lengkap dua dos populasi dewasa bagi pembukaan sektor perniagaan.

“Kalau dilihat statistik terkini, hanya 32 peratus populasi dewasa di Pahang telah menerima suntikan vaksinasi Covid-19 dos kedua sehingga Ahad.

“Berdasarkan kelajuan suntikan secara purata lima hari, Pahang hanya mampu memberikan suntikan sebanyak 11,448 dos sehari. Jadi, sebanyak 18 peratus populasi dewasa perlu menerima vaksinasi dalam tempoh 19 hari bagi mencapai sasaran 50 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, apabila sasaran itu dapat dicapai semua sektor ekonomi seperti kedai pakaian, kedai perabot, kedai bunga dan nurseri, kedai alat permainan serta perniagaan lain-lain dapat dibuka sekurang-kurangnya awal bulan September.

Katanya, pembukaan sektor itu memberi kelegaan kepada peniaga selepas dua bulan operasi dihentikan.

“Kebanyakan perniagaan kecil dan sederhana sudah berada pada tahap nyawa-nyawa ikan.

“Jadi, tidak munasabah jika pembukaan sektor itu dikira mengikut negeri dan bukan daerah,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here