Home Koronavirus Kadar vaksinasi harian di Selangor lepasi sasaran

Kadar vaksinasi harian di Selangor lepasi sasaran

0
Kadar vaksinasi harian di Selangor lepasi sasaran

SHAH ALAM – Kadar pemberian vaksinasi harian di Selangor pada Jumaat dan Sabtu berjaya melepasi sasaran bagi Julai membabitkan pemberian melebihi 135,000 dos sehari.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mengikut statistik, negeri itu merekodkan pemberian vaksin sebanyak 159,000 dos pada Jumaat dan 152,000 dos pada Sabtu.

Beliau berkata, jumlah itu tidak termasuk kadar vaksinasi harian menerusi Program Vaksin Selangor (Selvax) yang melibatkan sebanyak 15,000 dos sehari.

“Alhamdulillah, menutup bulan Julai dengan kejayaan vaksinasi di Selangor. Kadar vaksinasi harian di Selangor terus meningkat.

“Terima kasih kepada semua petugas perubatan dan keselamatan yang terus komited memberi khidmat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Amirudin sebelum ini memaklumkan sejumlah 4.28 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada rakyat Selangor setakat Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 176,837 dos vaksin turut diberikan kepada penduduk di negeri tersebut menerusi Selvax.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here