Home Koronavirus Kadar kebolehjangkitan meningkat, Negeri Sembilan kekal tertinggi

Kadar kebolehjangkitan meningkat, Negeri Sembilan kekal tertinggi

0
Kadar kebolehjangkitan meningkat, Negeri Sembilan kekal tertinggi

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan.

Namun, ia masih menunjukkan trend setara sama ada menurun atau meningkat sedikit untuk tiga minggu berturut-turut.

Pada Rabu, angka itu meningkat kepada 0.95 berbanding 0.93 hari sebelumnya.

Empat negeri catat kadar R-naught melebihi 1.0.

Negeri Sembilan masih mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.09.

Ini diikuti Sabah, Labuan dan Sarawak.

Manakala negeri-negeri lain mencatatkan kadar di bawah 1.0.

Ini termasuk Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Melaka, Perak, Kedah, Putrajaya.

Begitu juga di Pahang, Pulau Pinang, Terengganu, dan Kelantan.

Perlis tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here