Home Koronavirus Kadar kebolehjangkitan dijangka catat 1.09 hari ini: Dr Noor Hisham

Kadar kebolehjangkitan dijangka catat 1.09 hari ini: Dr Noor Hisham

0
Kadar kebolehjangkitan dijangka catat 1.09 hari ini: Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian bagi seluruh negara pada hari ini adalah 1.09, dengan Putrajaya mencatat nilai Rt tertinggi pada 1.28.

Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter beliau malam ini, kebanyakan negeri dijangka mencatatkan Rt melebihi nilai 1.0 manakala empat negeri mencatat nilai bawah satu.

“Negeri-negeri yang dijangka mencatatkan Rt melebihi 1.0 adalah Perak (nilai Rt 1.18), Kuala Lumpur (nilai Rt 1.16), Selangor (nilai Rt 1.14), Pahang (nilai Rt 1.10), Kedah (nilai Rt 1.08), Sabah dan Pulau Pinang (nilai Rt 1.07), Melaka (nilai Rt 1.06), Terengganu (nilai Rt 1.04) serta Negeri Sembilan (nilai Rt 1.02).

“Negeri yang dijangka mencatatkan nilai bawah satu pula adalah Johor (nilai Rt 0.96), Kelantan (nilai Rt 0.90), Labuan dan Sarawak masing-masing catat nilai Rt 0.86,” katanya.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes Covid-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif. – Bernama

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 8 hb Julai 2021 untuk seluruh negara adalah 1.09. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/RItI4HvNfd

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 8, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here