Home Koronavirus Kadar kebolehjangkitan Covid-19 meningkat, Terengganu tertinggi

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 meningkat, Terengganu tertinggi

0
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 meningkat, Terengganu tertinggi

KUALA LUMPUR- Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia terus catat trend peningkatan.

Pada Ahad, ia meningkat ke 1.15 berbanding 1.11 hari sebelumnya.

Lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Terengganu catat kadar tertinggi dengan 1.36, diikuti Kedah, Sabah, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Seterusnya Pahang, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Labuan dan Perlis.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here