Home Koronavirus Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Pahang tidak berubah

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Pahang tidak berubah

0
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Pahang tidak berubah

KUANTAN – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 mengikut kes harian di Pahang masih tidak berubah iaitu berada di antara 1.26 dan 1.27 setakat ini.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah berkata, kadar kebolehjangkitan itu boleh dikurangkan sekiranya semua pihak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita juga perlu mengelakkan 3S dan 3C, iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation), selain melakukan PKP kendiri,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau menambah, setakat ini tiada kemunculan varian baharu yang membimbangkan (VOC) iaitu varian Afrika Selatan, varian United Kingdom dan varian India dikesan di Pahang.

“Kita tidak mengesan jangkitan dari mana-mana tiga VOC di negeri ini, walaupun ia (VOC) sudah memasuki negeri lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here