Home Koronavirus Jumlah suntikan vaksin harian tertinggi, 460,158 dos pada Khamis

Jumlah suntikan vaksin harian tertinggi, 460,158 dos pada Khamis

0
Jumlah suntikan vaksin harian tertinggi, 460,158 dos pada Khamis

KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian vaksin Covid-19 harian terus mencatatkan peningkatan dengan 460,158 dos suntikan pada Khamis menjadikan ia jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin Covid-19 di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 304,807 individu menerima dos pertama dan 155,351 lagi, lengkap dos kedua.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Februari adalah sebanyak 13,107,716 dos. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here