PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu naik sedikit kepada 4,885 kes berbanding 4,854 pada Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,591,486 kes.
AKAN MENYUSUL
Pada 22 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,885 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,591,486 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/gJJN6tJgzC
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 22, 2021