Home Koronavirus Jumlah keseluruhan Covid-19 Malaysia melonjak lebih 500,000 kes

Jumlah keseluruhan Covid-19 Malaysia melonjak lebih 500,000 kes

0
Jumlah keseluruhan Covid-19 Malaysia melonjak lebih 500,000 kes

PUTRAJAYA – Jumlah terkini kes kumulatif Covid-19 dalam negara melebihi 505,115 kes apabila jangkitan terbaharu dalam tempoh 24 jam lalu mencatatkan 6,320 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 50 kes kematian turut dilaporkan pada Sabtu.

Melalui jangkitan baharu itu, katanya, kes import melibatkan tiga kes dengan ketiga-tiganya bukan warganegara, manakala 6,317 kes tempatan melibatkan 5,870 warganegara dan 447 bukan warganegara.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 53,682 kes

Beliau berkata demikian pada sidang media secara langsung sebentar tadi.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here