Home Koronavirus Jumlah individu lengkap dua dos vaksin cecah 1.8 juta

Jumlah individu lengkap dua dos vaksin cecah 1.8 juta

0
Jumlah individu lengkap dua dos vaksin cecah 1.8 juta

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,805,367 individu telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada Khamis.

Menerusi hantaran di Twitter rasminya, beliau memaklumkan 4,749,133 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam 6,554,500 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 237,662 diikuti Johor (192,501), Sarawak (189,280), Perak (165,932) dan Kuala Lumpur (157,393), menurut hantaran itu.

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Dr Adham berkata, sebanyak 252,773 dos diberikan pada Rabu berbanding 250,529 dos hari sebelumnya.

Katanya, daripada jumlah itu, 174,448 adalah penerima dos pertama manakala 78,325 lagi dos kedua. – Bernama

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 23 Jun 2021 ialah 6,554,500 dos.

252,773 dos pada 23 Jun.

Jumlah yang terima dos pertama ialah 4,749,133 orang. Daripada jumlah itu, 1,805,367 orang juga terima dos kedua.

Daftar di MySejahtera, https://t.co/jWUzMEwwWM, Tel 1800888828 pic.twitter.com/XV2r4FzcD6

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) June 24, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here