Home Koronavirus JPN Perlis buat laporan polis isu tular murid positif Covid-19

JPN Perlis buat laporan polis isu tular murid positif Covid-19

0
JPN Perlis buat laporan polis isu tular murid positif Covid-19

KANGAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis pada Selasa membuat laporan polis berhubung tular di media sosial mendakwa sembilan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka disahkan positif Covid-19.

Pengarahnya, Naharudeen Othman berkata, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar kira-kira 10 pagi tadi (Isnin).

“Apa yang ditularkan di media sosial semalam adalah tidak benar, hanya seorang sahaja pelajar yang disahkan positif Covid-19 dan lain-lain murid yang menjadi kontak rapat disahkan negatif dan sedang dalam proses kuarantin,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini pada Selasa.

Beliau berkata, penularan maklumat yang tidak benar itu mengundang rasa panik terhadap ibu bapa dan pelajar di sekolah seluruh negeri.

“Jumlah kehadiran murid di SK Guar Nangka dan sekolah di sekitarnya merosot kepada 35 peratus akibat kebimbangan ibu bapa terhadap tular tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan polis itu.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan boleh mengganggu ketenteraman awam kerana boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana menyebarkan berita palsu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here