Home Koronavirus Johor dijangka capai 90 peratus vaksinasi hujung September

Johor dijangka capai 90 peratus vaksinasi hujung September

0
Johor dijangka capai 90 peratus vaksinasi hujung September

ISKANDAR PUTERI – Johor dijangka mencapai sasaran 90 peratus kadar vaksinasi lengkap bagi golongan dewasa menjelang hujung September ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sasaran terbabit diyakini mampu dicapai berdasarkan jumlah bekalan vaksin yang lebih banyak dijangka tiba di negeri itu.

“Saya sudah bertemu dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, hari ini ( Ahad) untuk menunjukkan jadual penghantaran vaksin bagi Ogos.

“Melalui jumlah bekalan vaksin itu, saya yakin 90 peratus populasi dewasa Johor akan lengkap vaksinasi pada hujung September,” katanya selepas meninjau tapak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Studio Iskandar Malaysia pada Ahad.

Khairy berkata, pihaknya bercadang membuka sebuah PPV khas bagi golongan kurang upaya ( OKU) dan warga emas di Arena Larkin selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Pada Rabu, Tunku Ismail meminta kadar vaksinasi di Johor dipertingkatkan sehingga 70,000 dos sehari berbanding 50,000 dos sehari ketika ini.

Sebelum itu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menzahirkan kekecewaan atas kadar vaksinasi di Johor yang masih rendah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here