Home Koronavirus JKNK buka PKRC khas untuk pelajar sekolah

JKNK buka PKRC khas untuk pelajar sekolah

0
JKNK buka PKRC khas untuk pelajar sekolah

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan menjadikan sebuah sekolah berasrama di Salor, di sini sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko (PKRC).

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Husin berkata, PKRC itu hanya akan menempatkan pelajar sekolah yang disahkan positif Covid-19.

“Semua pelajar dari seluruh Kelantan akan ditempatkan di PKRC tersebut.

“Kita sudah membuat perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurutnya, apabila dibuka nanti sekolah tersebut akan menjadi PKRC yang ketujuh di negeri ini.

Beliau berkata, kapasiti asrama sekolah berkenaan mampu menampung 300 pelajar.

Dr Zaini berkata, sekolah berkenaan mempunyai dua blok asrama yang dapat mengasingkan pelajar perempuan dan lelaki.

Katanya, JKNK turut mengesan hampir 300 kes positif membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

“Selain itu, sebuah lagi PKRC di Kompleks Belia dan Sukan, Panji dijangka dibuka bermula Jumaat.

“PKRC itu menempatkan 140 katil untuk merawat pesakit,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here