PUTRAJAYA – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memberi kebebasan kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk menggunakan semua kaedah bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada penduduk setempat.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia termasuk menggerakkan unit bergerak memasuki kampung.
“Kalau penduduk tidak boleh keluar, kita gerakkan mobile unit kepada mereka,” katanya dalam sidang akhbar mingguan PICK bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada Isnin.