Home Koronavirus JKJAV, CITF bincang kompaun individu gagal hadir terima vaksin

JKJAV, CITF bincang kompaun individu gagal hadir terima vaksin

JKJAV, CITF bincang kompaun individu gagal hadir terima vaksin

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan membincangkan cadangan untuk mengenakan kompaun atau penalti kepada individu yang gagal hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) pada hari suntikan.

Ia susulan selepas kerajaan negeri Kelantan dan Kedah masing-masing melaporkan lebih 10,000 penerima vaksin tidak hadir mendapatkan pelalian pada tarikh yang ditetapkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini pihaknya mempergiatkan usaha memastikan kehadiran penerima vaksin menerusi saluran sedia ada.

“Kaedah penalti dan mewajibkan pengambilan vaksin dilihat sebagai langkah terakhir yang boleh diambil selepas kesemua usaha seperti pendaftaran secara sukarela dilaksanakan sepenuhnya,” katanya pada sidang akhbar secara maya pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here