KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 hari ini terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan sebanyak 6,288 kes berbanding pada Selasa sebanyak 5,413 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya memberitahu bahawa jumlah jangkitan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 dalam negara kini sebanyak 2,563,153 kes.
AKAN MENYUSUL
Pada 17 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,288 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,563,153 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/R8IPFjVl12
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 17, 2021